Tukarkan akaun media sosial anda menjadi mesin cetak wang dengan Landing Page yang berprestasi tinggi.
Tanpa landing page, anda sedang membazirkan 70% bajet pengiklanan anda.
Laman web anda tidak pernah tidur. Ia menerangkan produk dan mengambil tempahan walaupun anda bercuti.
Hanya pelanggan yang benar-benar serius akan menekan butang WhatsApp. Masa anda lebih jimat.
Landing page membina 'Trust' sepantas 3 saat pertama. Pelanggan lebih mudah membuat bayaran.
Contoh rekaan landing page berprestasi tinggi yang kami hasilkan untuk klien.
*Nota: Klik pada gambar untuk paparan saiz penuh.
Pakej Basic
Pakej Database
Pakej Database
Pakej Basic
Mereka telah berjaya mengautomasikan jualan. Giliran anda bila lagi?
"Dulu penat layan WhatsApp orang tanya harga je tapi tak beli. Lepas pakai landing page dari Eiza, yang masuk WhatsApp semua dah ready nak bayar. Sales naik mendadak!"
"Copywriting AI dia memang 'berhantu'. Customer cakap mereka rasa rugi kalau tak beli sekarang lepas baca landing page saya. Sangat berpuas hati dengan servis ni."
"Dah cuba banyak developer tapi landing page Eiza yang paling laju loading. Google Ads saya pun jadi lebih efisien sebab landing page ni convert leads sangat tinggi."
Pelaburan bijak untuk pertumbuhan bisnes jangka panjang.
*Nota: Domain, Hosting & Maintenance perlu diperbaharui setiap tahun.
Pilih pakej anda dan kami akan hubungi anda segera.
Masukkan jenis bisnes anda untuk idea headline memukau secara PERCUMA.
Hai! Saya Eiza, pakar automasi jualan digital dan pengasas Eiza AI Works.
Saya dilahirkan pada tahun 1980 di Johor, namun membesar dengan penuh kenangan di Rompin, Pahang.
Saya mendapat pendidikan awal di SK Rompin dan meneruskan persekolahan menengah di SMK Rompin.
Minat yang mendalam dalam dunia IT dan teknologi telah mendorong saya untuk melanjutkan pengajian ke Kolej IKIP - UTM Kuantan, di mana saya berjaya menamatkan pengajian Diploma Sains Komputer (IT).
Sepanjang kerjaya, saya telah banyak mengendalikan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang kritikal, termasuklah menerajui pengurusan pentadbiran unit Polis Bantuan Pelabuhan di Tanjung Langsat Port.
Kini, berbekalkan pengalaman profesional dan asas IT yang kukuh, saya mengorak langkah menceburi bidang servis pembinaan Landing Page. Misi utama saya adalah untuk membantu usahawan memiliki "kedai online" mereka sendiri dengan harga yang sangat mampu milik. Saya mahu memastikan sistem pintar ini bekerja 24 jam untuk meningkatkan jualan anda, supaya anda tidak lagi membuang masa melayan pertanyaan (PM) secara manual.
"Kejayaan jualan anda adalah keutamaan saya."